Shut, and read...

Shut, and read...

Saturday, October 27, 2012

Jihad...

Assalamualaikum.....

Lama sudah saya tidak post dalam blog ini. Banyak hal dan tugasan yang perlu dilaksanakan menyebabkan ia menjadi kekangan untuk saya dalam update blog yang dah bersawang ini. Kerja hakiki, kerja sambilan, kerja buang masa dan macam-macam lagi yang perlu dilaksanakan jadi kebarangkalian untuk saya mendapatkan kesempatan untuk blogging amat sedikit.

Saya tidaklah hebat dalam perihal agama namun hal ini saya ingin kupaskan sedikit.

Apakah pengertian sebenar jihad? Memang benar jihad dijanjikan syurga. Namun begitu, pemahaman seseorang mengenai konsep jihat membezakan segala-galanya.


Kematian 41 orang Muslim di Mazar-E-Sharif di Afghanistan ini merupakan akibat daripada pengertian konsep jihad yang tidak tepat oleh seseorang. Adakah pembunuhan sesama insan walaupun seorang kafir tanpa sebab dan musabab diklasifikasikan sebagai Jihad fisabilillah? Saya tidaklah begitu kuat dalam ilmu agama sungguhpun begi akal fikiran kalian boleh memikirkannya.

Konsep yang menyeluruh dalam pelaksanaan jihad seperti penyampaian ilmu dengan ikhlas, berbakti kepada masyarakat, laksanakan tanggungjawab terhadap agama dengan baik adalah merupakan langkah jihad yang boleh dilaksanakan oleh kita di sini atas situasi kita yang aman damai ini.

Jihad ini sangat menyeluruh, terpulang kepada kita untuk mendiskripsikannya.

"Dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Saturday, August 11, 2012

ku cinta kau sampai mati...

Sehidup, semati. Cinta sepenuh hati. Cinta pandang pertama. Oh indahnya cinta. Hingga ke akhir hayat. Berkorban apa sahaja demi cintaku yang satu. Cintaku pada mu ibarat bunga yang subur mekar di kebun nan indah. Quotes cinta yang sering kita dengar. Kita sanggup merah mata menangis sebab cinta, tertonggeng nangis bagai nak mati keesokkan harinya.

Keindahan cinta

Adakah itu sebenarnya deskripsi cinta?

Cuba kita hayati kisah Melanie Brown.



Bekas tentera warga Australia yang kini berusia 35 tahun mengahwini suaminya, Willie Virgile Brigitte (Mohammed Abderrahman) selepas hanya bertemu sebanyak 5 kali sahaja dengan suaminya (kita nak kahwin macam mana?). Bertemu suaminya yang juga warga Perancis di Australia dan hanya selepas 6 minggu perkahwinan, Brigitte ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan membuat plot berunsurkan keganasan di Australia dan juga terlibat dengan aktiviti keganasan bersama Al-Qaeda pada 2004.




Kalau kita, seorang wanita, berkahwin dengan suami warga luar yang hanya lima kali bertemu, hanya 6 minggu perkahwinan dan kemudian dikaitkan dengan pengganas..... apa reaksi kita? apa yang kita sebagai isteri akan buat? failkan cerai? membenci suami kita???

Beliau seorang diri dari Australia ke Perancis untuk melawat suami tercinta di penjara. Adakah wanita Melayu kita sedemikian. Tanpa sebarang sokongan dari pihak berkuasa Australia, (Melanie Brown sendiri tersenarai sebagai saspek rekrut pengganas) beliau cekal dengan dugaan. 

" Kami berkahwin atas nikmat Allah". Dan beliau menafikan sendiri bahawa orang kafir memahami tentang erti itu. 

Beliau seringkali menulis surat kepada suaminya di penjara, dan setiap kali Brigitte membalasnya, beliau menegaskan, "Stay strong, keep your faith."

"I'm still in love with him. I will always love him . . . he is innocent. The relationship is as strong as ever." - Melanie Brown.




Stay strong, keep your faith. Walau tersepit bagaimanapun mereka, Islam minoriti di negara luar masih mampu hidup oleh kerana satu perkara, PERCAYA. Mereka kuat atas kepercayaan mereka. Kita bagaimana?

p/s: Kisah cinta kita di sini macam mana? so shweeeetttttt....



"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Starting Grid...

Keyboard aku dah jadi mcm ni dah


6 bulan aku tak post apa2 kt sini.....beberapa perkara yang membataskan aktiviti blog aku:


  1. Praktikum (teaching activities)
  2. Pertahanan Awam
  3. Kajian tindakan (thesis)
dan mungkin beberapa perkara lagi yang aku terlepas pandang. sibuk dengan pelbagai perkara tetapi tidak bermakna aku meninggalkan hal-hal dunia yang boleh menarik perhatian minda. aku akan cuba mula untuk menulis kembali...aku akan cuba mula untuk menulis kembali...

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Saturday, February 25, 2012

berpurnama lamanya...

assalamualaikum.....

lama tak update blog ni...there's not much to talk about, but in a while, i've been busy with school. Jadi, eloklah gambar-gambar ini menjadi tatapan aktiviti aku selama sebulan ini.