Shut, and read...

Shut, and read...

Thursday, October 27, 2011

Panas..........kontrolversi...........zasssss

Assalamulaikum dan salam sejahtera diucapkan...

Pelawak dari segi positifnya boleh memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat tidak kira lapisan. Contoh yang paling besar yang boleh diberi ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sehingga kini, impaknya adalah besar terutama dikalangan kanak-kanak. Walhal beliau telah pun meninggal dunia sejak 1973 lagi. Aku sendiri tidak pernah bertemu dengan beliau. Hasil karyanya memberikan mesej yang amat bermakna dan memberi pengajaran kepada semua.



Tetapi.......

bagaimana dengan pelawak ini...


dan juga yang ini.....


Sepatutnya, pelawak-pelawak ini membawa peranan yang besar untuk menyampaikan mesej yang berguna serta berkesan kepada masyarakat. Kerana melalui mereka lah, mesej lebih mudah disampaikan kepada rakyat. Perkara peribadi yang kontrolversi serta jauh rendah nilai akhlaknya tidak sepatutnya dibawa oleh golongan sebegini kerana inilah yang masyarakat akan lihat dan lama kelamaan generasi muda akan belajar.

Stand up comedy yang dibawakan oleh suami si pramugari itu mungkin yang terbaik di negara kita. Beliau mempunyai idea yang bercambah dan beliau seorang sahaja sudah boleh membuatkan satu negara ketawa dengan hanya mikrofon dan juga satu kerusi. Tetapi.....




mungkin, melalui video ini, suami si pramugari itu boleh belajar lagi mengukuhkan stand up comedy beliau dengan lebih baik dan lebih nilainya.....

Seterusnya, mungkin pelawak-pelawak kontrolversi ini boleh mengubah imej mereka agar memberi teladan yang baik kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak...

p/s: hanya luahan peribadi

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Wednesday, October 26, 2011

Harimau Malaya

Assalamualaikum, salam sejahtera...

kalah dengan Singapore serta Jepun dan perlawanan persahabatan yang terakhir pasukan Malaysia bertemu  Australia berakhir dengan 5-0...kalah teruk...

nampak pasukan Malaysia belum boleh dikatakan menghadapi zaman kebangkitannya lagi. Kekalahan yang begitu teruk ini menunjukkan prestasi negara yang begitu terumbang ambing dan masih belum lagi boleh mendapat tempat sebagai pasukan yang digeruni rantau Asia.

Kenapa agaknya. Kemudahan latihan? jurulatih? kebolehan pemain? gaji pemain? semangat juang pemain?

Jomlah kita tinjau kedudukan sebenar bola sepak negara sepintas lalu...

Pasukan bolasepak Lelaki Malaysia di tempat 147 dunia dan ke 27 asia di atas Hong Kong dan di bawah Lebanon. Jauh lebih teruk berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (117 dunia), Vietnam(130 dunia), Singapore (136 dunia), serta Indonesia (139 dunia).

Kaedah latihan selalu diperbaiki, insentif bertambah setiap tahun, kemudahan bertaraf dunia dan sedangkan sukan bolasepak sememangnya dikelaskan sebagai sukan no 1 negara ini. Tetapi masih lagi tidak kompetitif di arena antarabangsa. Apakah faktor utama yang menghantui pasukan bolasepak negara?

Dari segi pembangunan bola sepak tempatan pula, Liga Bolasepak Malaysia berada di kedudukan 18 terbaik Asia dalam ranking AFC (diukur dari segi daya saing, professionalisme, kebolehpasaran, dan status kewangan liga serta kelab di dalam liga tersebut) jauh lebih rendah berbanding Indonesia (ke-8), Singapura (ke-11), Thailand (ke-12) dan Vietnam (ke-14).

Apa yang tidak kena dengan bolasepak Malaysia?

Nak dikatakan gaji pemain rendah membuatkan para pemain kurang mempunyai daya saing serta semangat yang tinggi untuk berjuang....untuk makluman, Korea Utara (121 dunia) dibayar gaji jauh lebih rendah daripada pemain Malaysia, tetapi bermain dengan baik untuk melayakkan diri ke Piala Dunia. Dan diberitakan pasukan Korea Utara didenda kerahan tenaga di lombong arang batu kerana kalah Piala Dunia. (Malaysia mau??)

Mungkin disiplin serta sedikit akal fikiran yang baik boleh membantu memenangi perlawanan. Norizan Bakar membawa pasukan Perak walaupun tidak mempunyai kesebelasan pemain yang utama (akibat digantung) serta memegang rekod bersih tanpa kalah kita peringkat kumpulan. Ada sumber yang mengatakan Norizan Bakar mengutamakan agama dalam usaha beliau membimbing Perak. Sentiasa berhenti berlatih ketika masuk waktu solat dan mengarahkan semua pemain beragama Islam untuk solat berjemaah sebelum bersambung berlatih kembali. Oleh sebab itu, sehingga kini, walaupun tidak dianggotai oleh pemain-pemain yang hebat, Perak F.A masih gagah dalam persada bolasepak negara.

Adalah baik jika pasukan kebangsaan boleh membuat pendekatan yang sama. Mungkin boleh menaikkan semangat juang yang tinggi serta diberkati hendaknya.

Penggunaan semula khidmat pemain import dalam kancah liga Malaysia boleh membantu. Cuma, harap FAM tidak terhadkan pengambilan pemain import. Jika dilihat liga-liga ternama dunia, hampir keseluruhan kelab-kelab yang ada, menggunakan banyak pemain import dan hanya sedikit pemain tempatan. Hal ini membolehkan hanya pemain tempatan yang betul-betul layak untuk mendapat tempat untuk bermain di dalam liga Malaysia sahaja yang boleh bermain. Seterusnya memberikan pilihan kepada pengurus pasukan kebangsaan untuk memilih pemain yang betul-betul berbakat bermain untuk pasukan kebangsaan.



Mungkin mustahil kerana faktor kewangan. Tapi, belum cuba, belum tahu.

Apa kena dengan bolasepak negara?? Sampai sekarang tiada jawapan

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Sunday, October 2, 2011

Melayu patut malu, patut tiru Zionis...

Assalamualaikum.....

Salam sejahtera dan semoga dirahmati Allah sentiasa.


Terbaca aku satu petikan daripada diari  Theodore Herzl (Pengasas Zonis):

Saya menarik perhatian Rothschild (Jutawan Yahudi) dan tokoh-tokoh Yahudi lain tentang misi bersejarah ini. Saya mengalu-alukan semua yang ingin menghulur bantuan walaupun hanya berbentuk muhibah - kita perlu bersatu padu - dan memusnahkan segala keburukan. - sumber: Konspirasi Yahudi; Peperangan & Penaklukan oleh Sabaruddin Hussein 2011.

Idea dan pandangan ini dibawa oleh Herzl dalam usaha beliau untuk menubuhkan sebuah tanah air Yahudi di Palestin.

Apa yang aku nak cakapkan di sini, Malaysia. Adakah ianya tanah air bagi Melayu Islam?? Sudah pasti ianya tidak sama sekali. Malaysia merupakan negara Persekutuan yang mempunyai Raja Berpelembagaan memegang Islam sebagai agama rasmi. Ia berkongsi hasil dengan rakyat bukan bumiputra yang lain seperti Cina, India yang bukan beragama Islam yang bebas mengamalkan agama masing-masing. 

Lihat kembali post aku, di sini aku telah menceritakan bagaimana pecahnya Melayu sejak berzaman lagi.

Melayu! patut malu!! Mereka menganggap negara Malaysia ini hanya mereka yang punya,  beranggapan bahaya bergaduh dan pecah belah tidak rugi apa... Tidak sedar bahawa rakyat Malaysia lain yang bukannya Bumiputra hanya menunggu masa dan peluang untuk merampas dan menafikan hak kita yang mempunyai hak istimewa Bumiputra.

Pemikiran yang kolot dan busuk ini menyebabkan sikit demi sedikit kuasa dan suara kita semakin terhakis. Sedangkan kini sudah ada pihak yang berani mencabar dan membangkitkan isu hak istimewa Bumiputra. Masih tidak sedarkah kita wahai MeLAYU?

Kita patut tiru macam Zionis. Herzl dari dahulu lagi sudahpun menegaskan, kesatuan itu amat penting dan betapa pentingnya bagi kaum Yahudi bagi memusnahkan segala keburukan yang ada pada sama sendiri dalam merealisasikan tujuan dan objektif mereka. 

Oleh yang demikian, kini kita dapat lihat, dengan kebijaksanaan yang dimiliki mereka, their power are overwhelming. Tiada siapa yang dapat mencabar dan sedikit pun tiada yang dapat mengganggu. Negara Israel terbentuk dengan begitu kuat sekali tanpa diganggu gugat oleh sesiapa. 

Melayu sepatutnya meniru Zionis, menghapuskan segala persengketaan, bersatu atas satu kesatuan. Melayu boleh menjadi sebuah bangsa yang kuat di atas tanah air sendiri. Melayu boleh memonopoli ekonomi, politik dan sosial di negara sendiri. Atas nama Islam, persengketaan sesama sendiri tidak harus terhadi. Segala persengketaan sepatutnya diselesaikan dengan musyawarah dan kata sepakat yang baik dan bersatu padu. Harus contohi Zionis. Islam boleh bangun, boleh kuat. Tidak seperti buih di lautan.

P/S: aku bukan ajen Yahudi, aku hanya seorang pelajar yang masih lagi tidak bekerja dan mengharapkan duit mak bapak untuk hidup bila duit habis. sekian...

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~