Shut, and read...

Shut, and read...

Friday, May 13, 2011

Since 2007, the outdoor movement.


Kelab Kembara dan Rekreasi IPG Kampus Perlis telah lahir pada Oktober 2007. Dengan usaha aku dan rakan2...(thanx tu apai my roomate) yang dahulunya (sekarang juga) jatuh cinta pada asalnya dengan aktiviti mendaki gunung, akhirnya, kelab tersebut wujud hingga masa kini.

Niat asal hanya satu, ingin membentuk seberapa yang boleh, guru-guru pelatih yang diharapkan suatu hari nanti menjadi seorang yang berkaliber, berkepimpinan, bertanggungjawab dan secara langsung bergiat aktif dalam bidang rekreasi.

Pada awalnya, dalam usaha menggerakkan kelab ini, agak kelakar. Kena marah dengan En Hanafi (Ketua Unit Kokurikulum), paperwork macam bodoh(sorry to say), kelam kabut dengan pentadbirannya. Akhirnya, ianya menjadi nadi penggerak rekreasi bagi guru-guru pelatih pada ketika itu.

Mana taknya, PPISMP Semester 2, waktu itu aku masih lagi bodoh dungu lagi buat paperwork ini. Haha...simple n macam bodoh je.

Perkhemahan pertama kelab, merupakan perkhemahan yang boleh dibanggakan bagi aku. Aku rasa ia adalah satu-satunya perkhemahan GERKO tidak berwajib institut(kecuali Wataniah) yang menyatukan hampir kesemua kelas batch aku pada ketika itu. Sains, RBT, PJ, Pemulihan, boleh dikatakan perkhemahan itulah yang dapat memperlihatkan guru-guru pelatih dari hampir kesemua kelas batch aku bersama-sama melaksanakan aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan. Perkhemahan tersebut bagi aku merupakan pencetus kepada guru-guru pelatih yang lain untuk "jatuh cinta" dan bergiat lebih aktif dalam rekreasi sehingga kini. Tidak dapat untuk kita lihat kerjasama dan juga aktiviti seperti itu sekarang ini. Ekpedisi Gunung Brincang, Cameron Highlands 2008 tak akan aku lupakan sehingga mati.

Sila abaikan yang belah kanan tu ea, tu bkn bdk ipg.haha




Selepas itu, lebih banyak ekspedisi yang dijalankan antaranya Ekspedisi Gunung Bujang Melaka, Ekspedisi Gunung Chabang, Ekspedisi Gunung Hijau, Ekspedisi Gunung Bunga Buah dan pelbagai lagi. Juga aktiviti-aktiviti seperti Kem Pendedahan Rekreasi dan sebagainya.

Membuatkan aku bangga, dengan bermulanya aktiviti kelab ini, ia mencetuskan satu senario baru di IPG. Lahirnya guru-guru pelatih yang bergiat aktif dalam rekreasi. Kita sekurang-kurangnya berjaya untuk menganjurkan kursus-kursus kepimpinan yang sekurang-kurangnya berguna untuk guru-guru pelatih. Paling membanggakan sekurang-kurangnya kelab ini berjaya untuk menganjurkan Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2 Kebangsaan, di Ulu Yam, Selangor. Kursus tersebut secara tidak langsung menjadi landasan kepada ahli-ahli kelab yang lain untuk maju dalam rekreasi kemudiannya.
Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2 Kebangsaan


Ada dikalangan ahli yang telahpun mengikuti Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 3 Kebangsaan, ada juga yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan Kayak STAR, Kursus Tali Tinggi, aktif di dalam belia, menjadi tunjang kepada kelab-kelab lain di IPG, bergiat di dalam aktiviti pendakian, wall climbing, mtb dan sebagainya.

Keterlibatan ahli-ahli dalam membantu menjayakan aktiviti pada ketika itu amat membanggakan. Berbincang menyelesaikan masalah, kesepakatan, menjana idea dan sebagainya amat dipuji. Paling penting, kemahiran mereka dalam mentadbir seperti penghasilan kertas kerja, pengurusan kewangan, laporan dan lain-lain lagi dapat mereka peroleh. Hal ini merupakan sesuatu yang amat penting dalam menjadi guru kelak.

Kerjasama dan juga khidmat bakti para pensyarah tidak akan dilupakan dan amat dihargai. En Nizam walaupun sibuk dengan tugasannya, beliau sentiasa memberi idea, sokongan dan nasihat bagi kami menjalankan aktiviti. Begitu juga Puan Rossilawati. Beliau umpama ibu bagi kami. Encik Azman juga tidak kurang hebatnya kerana beliaulah satu-satunya pensyarah bersama Puan Rossilawati yang mendaki sehingga ke atas gunung bersama kami ketika Ekspedisi Gunung Bujang Melaka. Solute! Encik Hanafi tidak pernah putus menyokong kami dari awal lagi. Apa-apa masalah pun, kamilah yang betul.Haha..beliau sentiasa backup kelab ini. Begitu juga dengan Puan Mariani(GERKO) juga telah banyak  membantu.
Gunung Bujang Melaka 2008
Terima kasih aku ucapkan kepada ayahanda Yahya Leham. Dia ni sengal dan gila-gila orangnya, tapi beliau banyak mendidik kami dalam rekreasi dan kehidupan khasnya. Banyak ilmu. Dan beliau masih lagi berekreasi sehingga saat ini. Kerana beliaulah, kami mendapat ilmu yang tidak terkira.
Ayahanda Yahya Leham


Tertubuhnya kelab ini, bukan hanya untuk rekreasi, bukan hanya untuk mendaki dan sebagainya. Secara tidak langsung, apa yang aku nampak, ia melahirkan ramai generasi yang berkaliber, bagus dan aktif dalam pelbagai bidang serta pelbagai aspek kehidupan. Aku tak mahu lihat aspek luaran apa yang kelab ini sudah laksanakan, tapi aku mahu lihat secara tersirat, ia telah berjaya membentuk guru-guru pelatih terutamanya ahli-ahlinya dengan kualitinya yang tersendiri. Lain dari guru-guru pelatih yang lain.

Dan berharap, ia tak akan mati.

"Dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~

Sunday, May 8, 2011

Pecahnya Melayu

Melayu, sejak aku lahir lagi telah lama berpecah. Pecah belah. Pecah sepecah-pecahnya.

Sejarah telah lama membuktikan sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, orang Melayu ini sememangnya sudah berpecah belah dan tidak bersatu.

Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir yang memimpin Melaka, dikatakan merupakan sultan yang tidak cekap dan tidak dapat mengawal rasuah dalam pentadbiran baginda. Ramai pembesar yang telus dan baik telah pun dipinggirkan oleh baginda sultan akibat rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran. Mengakibatkan ramai pembesar yang tawar hati dan belot kepada baginda.

Diperkatakan di dalam sejarah bahawa Melaka terkenal di Barat sebagai "Venice of the East". Hal ini kerana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan yang besar dan maju. Diperkukuhkan lagi dengan kawalan orang laut yang secara langsung menjadi Armada Tentera Laut Kesultanan Melaka.

Tentera Lautnya sungguh kuat sehinggakan ia boleh mengawal dari utara Semenanjung Tanah Melayu sehinggalah ke hujung Selat Melaka tanpa halangan. Terbukti semasa kepimpinan Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah di mana mereka mampu mengekang Armada Laut Siam daripada menyerang dan menakluk tanah jajahan Melaka.

Nama Melaka yang begitu hebat, kehebatannya terkenal sehinggalah ke Barat dunia, boleh jatuh pada segerombolan rombongan Armada Portugis. Bagaimana?

Dalam catatan sejarah Barat, tiada satu pun kapal armada Melaka yang menghalang serangan Portugis. Mengapa? Sedangkan dalam sejarah KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) telah pun menyatakan betapa hebatnya orang laut Melaka ini serta wujudnya ketua turus angkatan laut iaitu Laksamana yang bertanggungjawab ke atas keselamatan laut Melaka.

Terdapat catatan cerita orang-orang tua bahawa menyatakan bahawa kebanyakan kapal yang menyerang Melaka kapal Angkatan Laut Melaka sendiri. Laporan Portugis juga menyatakan bahawa ternampak satu angkatan laut Melayu yang juga sedang bersedia untuk menyerang Melaka dari satu tempat di perairan Melaka.

Tiada armada Melaka menghala serangan Portugis?


Ini pula merupakan satu masalah kerana, adakah Tun Mutahir ingin berusaha membelot kepada baginda sultan??

Pada awalnya, perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim untuk mendapatkan pengaruh. Persaingan ini berpunca daripada amalan pilih kasih dalam pentadbirannya.

Sebagai contoh, konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir dan peristiwa Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan. Ini menyebabkan sultan telah membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa. Kesannya rakyat berpecah belah dan rakyat tidak bersatu padu. Keadaan ini telah menjejaskan keutuhan kerajaan serta kegiatan perdagangan di Melaka.

Ini merupakan perpecahan Melayu yang berlaku sejak tahun 1511 dahulu.

Seterusnya pada zaman pra-kemerdekaan Malaysia.

Melayu mengalami beberapa siri perpecahan...

Bermula dengan pertempuran Raja Mahadi dan Raja Abdullah pada 1857, dimana  Raja Abdullah (ketua jajahan Klang) bertempur dengan Raja Mahadi (anak mantan ketua Jajahan Klang) dan berlarutan sehingga tercetusnya Perang Klang pada 1869. Kedua-dua golongan Melayu ini saling berbunuhan.

Siri pembelotan Yap Ah Loi atas perpecahan Melayu diperlihatkan pada tahun 1869 dimana Yap Ah Loi belot kepada Raja Mahadi dan menyokong Raja Ismail dan Tengku Kudin. Memperlihatkan keuntungan kepada pihak bukan Melayu atas kebijaksanaan mereka mengambil kesempatan atas kelemahan Melayu. Dan kini, kaum Cina memiliki keuntungan besar atas Kuala Lumpur kerana kecuaian dan perpecahan Melayu sendiri.


Perpecahan Melayu diperlihatkan dalam sejarah di negeri Perak pada 1874 apabila termeterainya Perjanjian Pangkor yang sememangnya merugikan, sangat-sangat merugikan orang Melayu akibat persengketaan yang berlaku antara Raja Abdullah dan juga Sultan Ismail. Kuasa kesultanan Melayu terhakis dan golongan orientalis British mengambil kesempatan dengan campur tangan mereka di dalam pentadbiran Negeri Perak.
 
Perjanjian Pangkor 1874




Raja Abdullah

Dan senario politik Malaysia kini, memperlihatkan perpecahan ketara Melayu kita. Secara politiknya, Melayu berpecah kepada tiga. UMNO, PAS dan PKR. Tidak termasuk pula dengan parti KITA.



Kepada ahli-ahli politik yang baik, saya menghormati mereka kerana kemungkinan mereka mempunyai pendirian sendiri dalam politik. Ada yang ingin memastikan keseimbangan politik di Malaysia, ada yang telus dengan parti-parti sendiri. Ada yang ingin memperjuangkan Islam dan ada juga yang ingin memperjuangkan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, Melayu dari dahulu sehingga sekarang, pecah sepecah-pecahnya. Dan yang mengambil kesempatan ialah golongan-golongan bukan Melayu yang sentiasa mencari ruang untuk memperoleh keuntungan sendiri tanpa mengambil peduli persengketaan antara golongan Melayu ini.

Sedarkah anda, walau apa pun yang terjadi kepada politik negara, golongan bukan Melayu tetap akan bersatu walaupun mereka berjuang atas parti apa sekalipun. Sifat orang-orang Melayu yang begitu taksub kepada fahaman politik sehinggakan aktiviti seharian mereka, pun berpecah. Saling fitnah menfitnah, tidak datang kenduri(kalau orang kampung), masjid menjadi landasan politik,penduduk setempat tidak bersatu. Mentaliti Melayu sememangnya mundur.

Sememangnya kini, kita telah dan sedang lihat kepada kehancuran bangsa yang dikenali sebagai bangsa Melayu.

p/s: Professionalisme sebagai guru tidak harus dilupakan. Harus neutral dan adil dalam tanggungjawab di sekolah.

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~

Tuesday, May 3, 2011

Daulat Tuanku

rasanya masih belum terlambat untuk ini....


 DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH 
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSUFF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Bersempena dengan hari keputeraan tuanku yang ke-83...

-Dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~