Shut, and read...

Shut, and read...

Thursday, October 27, 2011

Panas..........kontrolversi...........zasssss

Assalamulaikum dan salam sejahtera diucapkan...

Pelawak dari segi positifnya boleh memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat tidak kira lapisan. Contoh yang paling besar yang boleh diberi ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sehingga kini, impaknya adalah besar terutama dikalangan kanak-kanak. Walhal beliau telah pun meninggal dunia sejak 1973 lagi. Aku sendiri tidak pernah bertemu dengan beliau. Hasil karyanya memberikan mesej yang amat bermakna dan memberi pengajaran kepada semua.



Tetapi.......

bagaimana dengan pelawak ini...


dan juga yang ini.....


Sepatutnya, pelawak-pelawak ini membawa peranan yang besar untuk menyampaikan mesej yang berguna serta berkesan kepada masyarakat. Kerana melalui mereka lah, mesej lebih mudah disampaikan kepada rakyat. Perkara peribadi yang kontrolversi serta jauh rendah nilai akhlaknya tidak sepatutnya dibawa oleh golongan sebegini kerana inilah yang masyarakat akan lihat dan lama kelamaan generasi muda akan belajar.

Stand up comedy yang dibawakan oleh suami si pramugari itu mungkin yang terbaik di negara kita. Beliau mempunyai idea yang bercambah dan beliau seorang sahaja sudah boleh membuatkan satu negara ketawa dengan hanya mikrofon dan juga satu kerusi. Tetapi.....




mungkin, melalui video ini, suami si pramugari itu boleh belajar lagi mengukuhkan stand up comedy beliau dengan lebih baik dan lebih nilainya.....

Seterusnya, mungkin pelawak-pelawak kontrolversi ini boleh mengubah imej mereka agar memberi teladan yang baik kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak...

p/s: hanya luahan peribadi

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Wednesday, October 26, 2011

Harimau Malaya

Assalamualaikum, salam sejahtera...

kalah dengan Singapore serta Jepun dan perlawanan persahabatan yang terakhir pasukan Malaysia bertemu  Australia berakhir dengan 5-0...kalah teruk...

nampak pasukan Malaysia belum boleh dikatakan menghadapi zaman kebangkitannya lagi. Kekalahan yang begitu teruk ini menunjukkan prestasi negara yang begitu terumbang ambing dan masih belum lagi boleh mendapat tempat sebagai pasukan yang digeruni rantau Asia.

Kenapa agaknya. Kemudahan latihan? jurulatih? kebolehan pemain? gaji pemain? semangat juang pemain?

Jomlah kita tinjau kedudukan sebenar bola sepak negara sepintas lalu...

Pasukan bolasepak Lelaki Malaysia di tempat 147 dunia dan ke 27 asia di atas Hong Kong dan di bawah Lebanon. Jauh lebih teruk berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (117 dunia), Vietnam(130 dunia), Singapore (136 dunia), serta Indonesia (139 dunia).

Kaedah latihan selalu diperbaiki, insentif bertambah setiap tahun, kemudahan bertaraf dunia dan sedangkan sukan bolasepak sememangnya dikelaskan sebagai sukan no 1 negara ini. Tetapi masih lagi tidak kompetitif di arena antarabangsa. Apakah faktor utama yang menghantui pasukan bolasepak negara?

Dari segi pembangunan bola sepak tempatan pula, Liga Bolasepak Malaysia berada di kedudukan 18 terbaik Asia dalam ranking AFC (diukur dari segi daya saing, professionalisme, kebolehpasaran, dan status kewangan liga serta kelab di dalam liga tersebut) jauh lebih rendah berbanding Indonesia (ke-8), Singapura (ke-11), Thailand (ke-12) dan Vietnam (ke-14).

Apa yang tidak kena dengan bolasepak Malaysia?

Nak dikatakan gaji pemain rendah membuatkan para pemain kurang mempunyai daya saing serta semangat yang tinggi untuk berjuang....untuk makluman, Korea Utara (121 dunia) dibayar gaji jauh lebih rendah daripada pemain Malaysia, tetapi bermain dengan baik untuk melayakkan diri ke Piala Dunia. Dan diberitakan pasukan Korea Utara didenda kerahan tenaga di lombong arang batu kerana kalah Piala Dunia. (Malaysia mau??)

Mungkin disiplin serta sedikit akal fikiran yang baik boleh membantu memenangi perlawanan. Norizan Bakar membawa pasukan Perak walaupun tidak mempunyai kesebelasan pemain yang utama (akibat digantung) serta memegang rekod bersih tanpa kalah kita peringkat kumpulan. Ada sumber yang mengatakan Norizan Bakar mengutamakan agama dalam usaha beliau membimbing Perak. Sentiasa berhenti berlatih ketika masuk waktu solat dan mengarahkan semua pemain beragama Islam untuk solat berjemaah sebelum bersambung berlatih kembali. Oleh sebab itu, sehingga kini, walaupun tidak dianggotai oleh pemain-pemain yang hebat, Perak F.A masih gagah dalam persada bolasepak negara.

Adalah baik jika pasukan kebangsaan boleh membuat pendekatan yang sama. Mungkin boleh menaikkan semangat juang yang tinggi serta diberkati hendaknya.

Penggunaan semula khidmat pemain import dalam kancah liga Malaysia boleh membantu. Cuma, harap FAM tidak terhadkan pengambilan pemain import. Jika dilihat liga-liga ternama dunia, hampir keseluruhan kelab-kelab yang ada, menggunakan banyak pemain import dan hanya sedikit pemain tempatan. Hal ini membolehkan hanya pemain tempatan yang betul-betul layak untuk mendapat tempat untuk bermain di dalam liga Malaysia sahaja yang boleh bermain. Seterusnya memberikan pilihan kepada pengurus pasukan kebangsaan untuk memilih pemain yang betul-betul berbakat bermain untuk pasukan kebangsaan.



Mungkin mustahil kerana faktor kewangan. Tapi, belum cuba, belum tahu.

Apa kena dengan bolasepak negara?? Sampai sekarang tiada jawapan

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Sunday, October 2, 2011

Melayu patut malu, patut tiru Zionis...

Assalamualaikum.....

Salam sejahtera dan semoga dirahmati Allah sentiasa.


Terbaca aku satu petikan daripada diari  Theodore Herzl (Pengasas Zonis):

Saya menarik perhatian Rothschild (Jutawan Yahudi) dan tokoh-tokoh Yahudi lain tentang misi bersejarah ini. Saya mengalu-alukan semua yang ingin menghulur bantuan walaupun hanya berbentuk muhibah - kita perlu bersatu padu - dan memusnahkan segala keburukan. - sumber: Konspirasi Yahudi; Peperangan & Penaklukan oleh Sabaruddin Hussein 2011.

Idea dan pandangan ini dibawa oleh Herzl dalam usaha beliau untuk menubuhkan sebuah tanah air Yahudi di Palestin.

Apa yang aku nak cakapkan di sini, Malaysia. Adakah ianya tanah air bagi Melayu Islam?? Sudah pasti ianya tidak sama sekali. Malaysia merupakan negara Persekutuan yang mempunyai Raja Berpelembagaan memegang Islam sebagai agama rasmi. Ia berkongsi hasil dengan rakyat bukan bumiputra yang lain seperti Cina, India yang bukan beragama Islam yang bebas mengamalkan agama masing-masing. 

Lihat kembali post aku, di sini aku telah menceritakan bagaimana pecahnya Melayu sejak berzaman lagi.

Melayu! patut malu!! Mereka menganggap negara Malaysia ini hanya mereka yang punya,  beranggapan bahaya bergaduh dan pecah belah tidak rugi apa... Tidak sedar bahawa rakyat Malaysia lain yang bukannya Bumiputra hanya menunggu masa dan peluang untuk merampas dan menafikan hak kita yang mempunyai hak istimewa Bumiputra.

Pemikiran yang kolot dan busuk ini menyebabkan sikit demi sedikit kuasa dan suara kita semakin terhakis. Sedangkan kini sudah ada pihak yang berani mencabar dan membangkitkan isu hak istimewa Bumiputra. Masih tidak sedarkah kita wahai MeLAYU?

Kita patut tiru macam Zionis. Herzl dari dahulu lagi sudahpun menegaskan, kesatuan itu amat penting dan betapa pentingnya bagi kaum Yahudi bagi memusnahkan segala keburukan yang ada pada sama sendiri dalam merealisasikan tujuan dan objektif mereka. 

Oleh yang demikian, kini kita dapat lihat, dengan kebijaksanaan yang dimiliki mereka, their power are overwhelming. Tiada siapa yang dapat mencabar dan sedikit pun tiada yang dapat mengganggu. Negara Israel terbentuk dengan begitu kuat sekali tanpa diganggu gugat oleh sesiapa. 

Melayu sepatutnya meniru Zionis, menghapuskan segala persengketaan, bersatu atas satu kesatuan. Melayu boleh menjadi sebuah bangsa yang kuat di atas tanah air sendiri. Melayu boleh memonopoli ekonomi, politik dan sosial di negara sendiri. Atas nama Islam, persengketaan sesama sendiri tidak harus terhadi. Segala persengketaan sepatutnya diselesaikan dengan musyawarah dan kata sepakat yang baik dan bersatu padu. Harus contohi Zionis. Islam boleh bangun, boleh kuat. Tidak seperti buih di lautan.

P/S: aku bukan ajen Yahudi, aku hanya seorang pelajar yang masih lagi tidak bekerja dan mengharapkan duit mak bapak untuk hidup bila duit habis. sekian...

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~

Saturday, August 20, 2011

antara dua hari.....

assalamualaikum....

Nak pilih Hari Raya ataupun Hari Merdeka...hum...mana satu ek? Secara terus terang dari pandangan peribadi aku, suasana Hari Raya lebih terasa daripada Hari Kemerdekaan. Even  aku rasa ada juga golongan yang tidak menyedari bahawa Hari Kemerdekaan sebenarnya semakin hampir sama seperti Hari Raya. Semuanya sedang mood raya pada ketika ini. Hai...9 hari lagi nak raya. Tapi, dari minggu lepas lagi sudah banyak lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong radio baik radio swasta ataupun radio kerajaan.

Hari Merdeka macam mana? Amat kurang ataupun hampir tiada lagu kemerdekaan berkumandang di radio. Aku ingin bertanya, sampai begitu sekali kita ingin meraikan "hari pengakhiran Ramadhan"?? Begitu ironi sekali suasana ini di Malaysia.

Setiap pagi, di radio, pasti pengacara akan menyatakan lagi berapa hari lagi kita akan menyambul Aidilfitri. Hari Kebangsaan bagaimana? Tidak salah untuk kita memeriahkan suasana tibanya Aidilfitri. Akan tetapi, di mananya semangat kebangsaan kita? Sedangkan medialah saluran yang paling penting bagi kerajaan/negara menerapkan budaya/semangat patrotisme kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi kepada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa yang sinonim dengan kerapuhan semangat perpaduan dan semangat kebangsaan.

Adalah lebih baik jikalau kita meraikan Aidilfitri disamping itu Hari Kemerdekaan kita sambut sama meriahnya dengan Hari Raya. Ianya lebih bermakna.

Pada waktu Tun Mahadhir, semangat kebangsaan begitu utuh sekali. Majoriti kenderaan yang menyusur di jalan raya mengibarkan Jalur Gemilang. Agak janggal jika sesebuah kenderaan itu tidak mengibarkannya. Kini bagaimana? Langsung tiada. Agak janggal jika sesebuah kenderaan itu mengibarkan jalur gemilang. 

Tambah-tambah pula Hari Kemerdekaan pada tahun ini adalah pada Hari Raya.... Anda fikirlah sendiri.

Tidak salah untuk kita meraikan kedatangan Syawal. Tapi, sampai begini kita ingin menyambut kedatangan "hari pengakhiran Ramadhan"....Fikirlah sendiri.


"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~


Thursday, August 11, 2011

debu....debu....

Assalamualaikum pembuka bicara.....sudah berkurun lamanya tidak mengupdate blog ini. Blog ini dah bersawang dan berdebu, tidak dikemaskini dan langusung tidak diusik.

Jadi, nantikan sentuhan baru isu-isu yang tercetus dalam kepala otak saya tidak lama lagi. Terima kasih daun keladi.

Wassalam...

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

-Syamim-

Friday, May 13, 2011

Since 2007, the outdoor movement.


Kelab Kembara dan Rekreasi IPG Kampus Perlis telah lahir pada Oktober 2007. Dengan usaha aku dan rakan2...(thanx tu apai my roomate) yang dahulunya (sekarang juga) jatuh cinta pada asalnya dengan aktiviti mendaki gunung, akhirnya, kelab tersebut wujud hingga masa kini.

Niat asal hanya satu, ingin membentuk seberapa yang boleh, guru-guru pelatih yang diharapkan suatu hari nanti menjadi seorang yang berkaliber, berkepimpinan, bertanggungjawab dan secara langsung bergiat aktif dalam bidang rekreasi.

Pada awalnya, dalam usaha menggerakkan kelab ini, agak kelakar. Kena marah dengan En Hanafi (Ketua Unit Kokurikulum), paperwork macam bodoh(sorry to say), kelam kabut dengan pentadbirannya. Akhirnya, ianya menjadi nadi penggerak rekreasi bagi guru-guru pelatih pada ketika itu.

Mana taknya, PPISMP Semester 2, waktu itu aku masih lagi bodoh dungu lagi buat paperwork ini. Haha...simple n macam bodoh je.

Perkhemahan pertama kelab, merupakan perkhemahan yang boleh dibanggakan bagi aku. Aku rasa ia adalah satu-satunya perkhemahan GERKO tidak berwajib institut(kecuali Wataniah) yang menyatukan hampir kesemua kelas batch aku pada ketika itu. Sains, RBT, PJ, Pemulihan, boleh dikatakan perkhemahan itulah yang dapat memperlihatkan guru-guru pelatih dari hampir kesemua kelas batch aku bersama-sama melaksanakan aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan. Perkhemahan tersebut bagi aku merupakan pencetus kepada guru-guru pelatih yang lain untuk "jatuh cinta" dan bergiat lebih aktif dalam rekreasi sehingga kini. Tidak dapat untuk kita lihat kerjasama dan juga aktiviti seperti itu sekarang ini. Ekpedisi Gunung Brincang, Cameron Highlands 2008 tak akan aku lupakan sehingga mati.

Sila abaikan yang belah kanan tu ea, tu bkn bdk ipg.haha




Selepas itu, lebih banyak ekspedisi yang dijalankan antaranya Ekspedisi Gunung Bujang Melaka, Ekspedisi Gunung Chabang, Ekspedisi Gunung Hijau, Ekspedisi Gunung Bunga Buah dan pelbagai lagi. Juga aktiviti-aktiviti seperti Kem Pendedahan Rekreasi dan sebagainya.

Membuatkan aku bangga, dengan bermulanya aktiviti kelab ini, ia mencetuskan satu senario baru di IPG. Lahirnya guru-guru pelatih yang bergiat aktif dalam rekreasi. Kita sekurang-kurangnya berjaya untuk menganjurkan kursus-kursus kepimpinan yang sekurang-kurangnya berguna untuk guru-guru pelatih. Paling membanggakan sekurang-kurangnya kelab ini berjaya untuk menganjurkan Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2 Kebangsaan, di Ulu Yam, Selangor. Kursus tersebut secara tidak langsung menjadi landasan kepada ahli-ahli kelab yang lain untuk maju dalam rekreasi kemudiannya.
Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2 Kebangsaan


Ada dikalangan ahli yang telahpun mengikuti Kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 3 Kebangsaan, ada juga yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan Kayak STAR, Kursus Tali Tinggi, aktif di dalam belia, menjadi tunjang kepada kelab-kelab lain di IPG, bergiat di dalam aktiviti pendakian, wall climbing, mtb dan sebagainya.

Keterlibatan ahli-ahli dalam membantu menjayakan aktiviti pada ketika itu amat membanggakan. Berbincang menyelesaikan masalah, kesepakatan, menjana idea dan sebagainya amat dipuji. Paling penting, kemahiran mereka dalam mentadbir seperti penghasilan kertas kerja, pengurusan kewangan, laporan dan lain-lain lagi dapat mereka peroleh. Hal ini merupakan sesuatu yang amat penting dalam menjadi guru kelak.

Kerjasama dan juga khidmat bakti para pensyarah tidak akan dilupakan dan amat dihargai. En Nizam walaupun sibuk dengan tugasannya, beliau sentiasa memberi idea, sokongan dan nasihat bagi kami menjalankan aktiviti. Begitu juga Puan Rossilawati. Beliau umpama ibu bagi kami. Encik Azman juga tidak kurang hebatnya kerana beliaulah satu-satunya pensyarah bersama Puan Rossilawati yang mendaki sehingga ke atas gunung bersama kami ketika Ekspedisi Gunung Bujang Melaka. Solute! Encik Hanafi tidak pernah putus menyokong kami dari awal lagi. Apa-apa masalah pun, kamilah yang betul.Haha..beliau sentiasa backup kelab ini. Begitu juga dengan Puan Mariani(GERKO) juga telah banyak  membantu.
Gunung Bujang Melaka 2008
Terima kasih aku ucapkan kepada ayahanda Yahya Leham. Dia ni sengal dan gila-gila orangnya, tapi beliau banyak mendidik kami dalam rekreasi dan kehidupan khasnya. Banyak ilmu. Dan beliau masih lagi berekreasi sehingga saat ini. Kerana beliaulah, kami mendapat ilmu yang tidak terkira.
Ayahanda Yahya Leham


Tertubuhnya kelab ini, bukan hanya untuk rekreasi, bukan hanya untuk mendaki dan sebagainya. Secara tidak langsung, apa yang aku nampak, ia melahirkan ramai generasi yang berkaliber, bagus dan aktif dalam pelbagai bidang serta pelbagai aspek kehidupan. Aku tak mahu lihat aspek luaran apa yang kelab ini sudah laksanakan, tapi aku mahu lihat secara tersirat, ia telah berjaya membentuk guru-guru pelatih terutamanya ahli-ahlinya dengan kualitinya yang tersendiri. Lain dari guru-guru pelatih yang lain.

Dan berharap, ia tak akan mati.

"Dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~

Sunday, May 8, 2011

Pecahnya Melayu

Melayu, sejak aku lahir lagi telah lama berpecah. Pecah belah. Pecah sepecah-pecahnya.

Sejarah telah lama membuktikan sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, orang Melayu ini sememangnya sudah berpecah belah dan tidak bersatu.

Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir yang memimpin Melaka, dikatakan merupakan sultan yang tidak cekap dan tidak dapat mengawal rasuah dalam pentadbiran baginda. Ramai pembesar yang telus dan baik telah pun dipinggirkan oleh baginda sultan akibat rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran. Mengakibatkan ramai pembesar yang tawar hati dan belot kepada baginda.

Diperkatakan di dalam sejarah bahawa Melaka terkenal di Barat sebagai "Venice of the East". Hal ini kerana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan yang besar dan maju. Diperkukuhkan lagi dengan kawalan orang laut yang secara langsung menjadi Armada Tentera Laut Kesultanan Melaka.

Tentera Lautnya sungguh kuat sehinggakan ia boleh mengawal dari utara Semenanjung Tanah Melayu sehinggalah ke hujung Selat Melaka tanpa halangan. Terbukti semasa kepimpinan Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah di mana mereka mampu mengekang Armada Laut Siam daripada menyerang dan menakluk tanah jajahan Melaka.

Nama Melaka yang begitu hebat, kehebatannya terkenal sehinggalah ke Barat dunia, boleh jatuh pada segerombolan rombongan Armada Portugis. Bagaimana?

Dalam catatan sejarah Barat, tiada satu pun kapal armada Melaka yang menghalang serangan Portugis. Mengapa? Sedangkan dalam sejarah KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) telah pun menyatakan betapa hebatnya orang laut Melaka ini serta wujudnya ketua turus angkatan laut iaitu Laksamana yang bertanggungjawab ke atas keselamatan laut Melaka.

Terdapat catatan cerita orang-orang tua bahawa menyatakan bahawa kebanyakan kapal yang menyerang Melaka kapal Angkatan Laut Melaka sendiri. Laporan Portugis juga menyatakan bahawa ternampak satu angkatan laut Melayu yang juga sedang bersedia untuk menyerang Melaka dari satu tempat di perairan Melaka.

Tiada armada Melaka menghala serangan Portugis?


Ini pula merupakan satu masalah kerana, adakah Tun Mutahir ingin berusaha membelot kepada baginda sultan??

Pada awalnya, perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim untuk mendapatkan pengaruh. Persaingan ini berpunca daripada amalan pilih kasih dalam pentadbirannya.

Sebagai contoh, konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir dan peristiwa Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan. Ini menyebabkan sultan telah membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa. Kesannya rakyat berpecah belah dan rakyat tidak bersatu padu. Keadaan ini telah menjejaskan keutuhan kerajaan serta kegiatan perdagangan di Melaka.

Ini merupakan perpecahan Melayu yang berlaku sejak tahun 1511 dahulu.

Seterusnya pada zaman pra-kemerdekaan Malaysia.

Melayu mengalami beberapa siri perpecahan...

Bermula dengan pertempuran Raja Mahadi dan Raja Abdullah pada 1857, dimana  Raja Abdullah (ketua jajahan Klang) bertempur dengan Raja Mahadi (anak mantan ketua Jajahan Klang) dan berlarutan sehingga tercetusnya Perang Klang pada 1869. Kedua-dua golongan Melayu ini saling berbunuhan.

Siri pembelotan Yap Ah Loi atas perpecahan Melayu diperlihatkan pada tahun 1869 dimana Yap Ah Loi belot kepada Raja Mahadi dan menyokong Raja Ismail dan Tengku Kudin. Memperlihatkan keuntungan kepada pihak bukan Melayu atas kebijaksanaan mereka mengambil kesempatan atas kelemahan Melayu. Dan kini, kaum Cina memiliki keuntungan besar atas Kuala Lumpur kerana kecuaian dan perpecahan Melayu sendiri.


Perpecahan Melayu diperlihatkan dalam sejarah di negeri Perak pada 1874 apabila termeterainya Perjanjian Pangkor yang sememangnya merugikan, sangat-sangat merugikan orang Melayu akibat persengketaan yang berlaku antara Raja Abdullah dan juga Sultan Ismail. Kuasa kesultanan Melayu terhakis dan golongan orientalis British mengambil kesempatan dengan campur tangan mereka di dalam pentadbiran Negeri Perak.
 
Perjanjian Pangkor 1874




Raja Abdullah

Dan senario politik Malaysia kini, memperlihatkan perpecahan ketara Melayu kita. Secara politiknya, Melayu berpecah kepada tiga. UMNO, PAS dan PKR. Tidak termasuk pula dengan parti KITA.



Kepada ahli-ahli politik yang baik, saya menghormati mereka kerana kemungkinan mereka mempunyai pendirian sendiri dalam politik. Ada yang ingin memastikan keseimbangan politik di Malaysia, ada yang telus dengan parti-parti sendiri. Ada yang ingin memperjuangkan Islam dan ada juga yang ingin memperjuangkan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, Melayu dari dahulu sehingga sekarang, pecah sepecah-pecahnya. Dan yang mengambil kesempatan ialah golongan-golongan bukan Melayu yang sentiasa mencari ruang untuk memperoleh keuntungan sendiri tanpa mengambil peduli persengketaan antara golongan Melayu ini.

Sedarkah anda, walau apa pun yang terjadi kepada politik negara, golongan bukan Melayu tetap akan bersatu walaupun mereka berjuang atas parti apa sekalipun. Sifat orang-orang Melayu yang begitu taksub kepada fahaman politik sehinggakan aktiviti seharian mereka, pun berpecah. Saling fitnah menfitnah, tidak datang kenduri(kalau orang kampung), masjid menjadi landasan politik,penduduk setempat tidak bersatu. Mentaliti Melayu sememangnya mundur.

Sememangnya kini, kita telah dan sedang lihat kepada kehancuran bangsa yang dikenali sebagai bangsa Melayu.

p/s: Professionalisme sebagai guru tidak harus dilupakan. Harus neutral dan adil dalam tanggungjawab di sekolah.

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~

Tuesday, May 3, 2011

Daulat Tuanku

rasanya masih belum terlambat untuk ini....


 DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH 
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSUFF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Bersempena dengan hari keputeraan tuanku yang ke-83...

-Dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~

Wednesday, April 13, 2011

its been a while..

fuhhh....assalamualaikum pembuka bicara...

sudah lama aku x post blog ni, busy, idea byk2...kdg2 idea meluap2 keluar, bila nk post je.xtau nak start mcm mana..mula lah blur..i decided to update my blog..

3 minggu lepas, aku daftar diri ke SK Utan Aji, praktikum 4 minggu.okeh..keseluruhannya, xmau pegi skola dah pun ada..haha....budak2...bila dilayan, pening kepala dibuatnya. sabo aje la.

Guru besar dia, mmg psyco..dalam nak dekat 4 minggu aku bekerja di sekolah ini, tak pernah lagi beliau senyum padaku. memang muka dia tegas. Dia okay, tapi mungkin dia ingin menzahirkan ketegasan dia ketika bekerja. It's okay for that.

Sekolah ini, boleh diibaratkan sebagai emergency room kalau di hospital. Memang sibuk dan memang patut pun kajian terhadap bebanan guru dilaksana. Guru biasa di sekolah ini, memang sibuk, guru praktikum apatah lagi. Memang tak cukup tangan dibuatnya.

Setelah seminggu aku disekolah, minggu kedua masa untuk menjaga peperiksaan. Seterusnya aku dikejutkan dengan panggilan ibu bapa (parents siapa pun aku tak tahu) ke sekolah yang menyatakan aku rotan budak sampai berbekas.

Ok. Kemudian aku dipanggil oleh PK Pentadbiran sekolah berkaitan dengan hal ini. Hari terakhir minggu tersebut aku dipanggil oleh guru besar. Okay. Sejak itu aku dapat tahu yang guru besar sekolah itu sebenarnya baik, tetapi tegas. Pentadbir sekolah sebenarnya sememangnya kena begitu, baru orang hormat dan tidak "pijak kepala".

Bila aku rotan budak dan siapa yang aku rotan, aku pun tak sedar. Sebab pada hari kejadian, aku ditugaskan untuk menjaga peperiksaan yang sepatutnya merupakan tanggungjawab guru lain yang tidak hadir. Jadi kira nasib aku lah sebab ditugaskan untuk mengganti. Aku hanya mengarahkan kelas untuk diam, dan ada "usik" sikit saja budak-budak tu kalau bising. Tak tau pula sampai berbekas(memang manja budak tu).

Haha..tak apa lah, memang pengajaran bagi aku. Kalau budak itu nakal umpama sikit lagi macam syaitan sekali pun, jangan usik dia. Tapi murid tumbuk sampai patah hidung cikgu tak apa. Okay.Murid calar kereta cikgu. Tak apa. Jangan buat apa-apa pada murid tersebut. Biarkan sahaja. Salah di sisi undang-undang kita nak "usik" mereka. Haha..joking.

Okay. dah tak mahu merepek dah.

"Dosa pahalaku Tuhan Saja yang tahu"

~Syamim~

Sunday, February 6, 2011

Patriotism......


janganlah bising tentang perkhidmatan kesihatan negara yang teruk...
sbb ianya murah...adakalanya percuma kepada kakitangan kerajaan..
tidak puas hati, pergi la swasta...

janganlah bising kereta import di Malaysia mahal...
kalau x mampu nak beli....
kereta tempatan kan ada, murah lagi tu...beli la...

bising Polis teruk...
tak buat kerja, malas dan makan suap...
kena rompak, hilang i.c, kemalangan...
lapor Polis jgk...

bising politik negara kotor...
tapi cukup umur dah tua bangka, xmau pulak dftar mengundi...
ubah la politik negara...

bising negara ini perkauman dan prejudis teramat kuat...
tapi x sedar yang negara lain lagi teruk racistnya...

graduan luar negara x balik Malaysia, kerja di luar negara...
mengutuk sistem negara yang mundur, perkhidmatan yang buruk...gaji tidak lumayan...
tidak pula "intelektual2" ni balik ke sini ubah segala sistem supaya menjadi lebih baik...

rakyat negara ini bising2 sana sini, sembang meletup2....membebel seteruk2nya.....
seperti negara ini bagai nk musnah...
tapi yang buat kerjanya, orang laen jgk...

rakyat kita hanya pandai bising di kedai kopi, bijak berkata2....
bebel sistem negara ini teruk yang teramat sangat...
tapi malas nk usaha merubah segala kepincangan yang ada...
inilah dia golongan yang kolot pemikiran dan pemalas, berat tulang yang sampah...

"BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU"

"dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~

Tuesday, January 18, 2011

Endlessly...

there's a part in me you'll never know
the only thing I'll never show

hopelessly I'll love you endlessly
hopelessly I'll give you everything
but I won't give you up
I won't let you down
and I won't leave you falling
If the moment ever comes

It's plain to see it's trying to speak
cherished dreams forever asleep
hopelessly I'll love you endlessly
hopelessly I'll give you everything
but I won't give you up
I won't let you down
and I won't leave you falling
if the moment ever comes

hopelessly I'll love you endlessly
hopelessly I'll give you everything
but I won't give you up
I won't let you down
and I won't leave you falling
but the moment never comes

"Dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu"

~Syamim~