Shut, and read...

Shut, and read...

Tuesday, December 28, 2010

budak-budak


Pusat Anak Permata Negara yang dicetuskan oleh isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang merupakan suatu yang kini sedang direalisasikan. Ianya kini menjadi perkara utama dalam agenda negara.

Perlukah Permata Negara ini? Ini merupakan pendapat peribadi. Adalah sangat "kejam" untuk memberikan didikan awal kanak-kanak seawal baru lahir hingga umur 4 tahun. Perkembangan fizikal kanak-kanak baru sahaja bermula dan kita mengerahkan didikan awal kepada mereka seawal usia baru lahir.

Usaha Permata Negara ini adalah bagus kerana ianya mengutamakan keluarga miskin dan berpendapatan rendah akan tetapi, Permata Negara ini seharusnya menjadi pusat jagaan, dan bukan pusat didikan. Ianya lebih sesuai. Hal ini kerana usaha pendidikan yang formal dari usaha yang teramat muda dikhuatiri memberi gangguan terhadap perkembangan minda kanak-kanak secara semulajadinya.

Peruntukan Permata Negara juga begitu banyak, RM100 juta untuk tahun 2010 dan RM111 juta untuk tahun 2011. Beratus juta ringgit hanya untuk 23 buah pusat Permata Negara di seluruh negara. Disebaliknya, prasekolah di seluruh negara dan hanya bantuan perkapita (LPBT) pada kadar RM100.00 bagi setiap kanak-kanak setahun. Sekolah Agama Rakyat (SAR) rendah dan menengah pula hanya RM95 juta sahaja seluruh negara. Adakah lebih adil untuk menambah peruntukan bagi prasekolah dan juga sekolah kebangsaan agar kualiti dan mutu pendidikan di prasekolah dan sekolah kebangsaan dipertingkat. Pembelajaran yang lebih bermakna berlaku di sekolah.

Salah satu Pusat Anak Permata Negara

Adakah prasekolah yang sepatutnya menjadi pencetus perkembangan minda kanak-kanak dalam pendidikan tidak penting? Tidak sepenting Permata Negara? Pelajar-pelajar di Sekolah Agama Rakyat kurang pentingnya dalam pembangunan negara? Perlaksanaan pusat didikan, sekolah dan institusi pendidikan haruslah adil agar pembangunan pendidikan negara dapat berkembangan dengan komprihensif. (Ini belum lagi menyentuh hal pembangunan sekolah luar bandar dan sekolah pedalaman).

Peruntukan yang diperuntukkan juga seharusnya digunakan secara menyeluruh jika Permata Negara ini tetap ingin dilaksanakan. RM111 juta tersebut seharusnya dinikmati keseluruhannya oleh keluarga-keluarga yang terlibat. Jika benarlah Permata Negara ini amat penting.

p/s: aku rasa waktu umur 3 tahun, aku hanya tau susu, makan, tido....ahaxx

-dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~

Sunday, December 19, 2010

tendang la, tendang lagi...

Semalam tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam. Macam bodoh je aku tengok. Tak tumpah seperti perlawanan bola sepak sekolah rendah peringkat daerah. Vietnam bermain dengan begitu aggresif, tetapi tidak Malaysia.

Malas, perlahan, 'pancit' dan bermacam-macam lagi yang boleh dikatakan.

AGAKNYA mereka tidak bermain untuk negara, hanya untuk nama sendiri.

Final nanti, aku tetap menyokong Malaysia,(takkan nak sokong Indonesia or Filipina pula)tetapi walau bagaimana pun, kita boleh jangkakan keputusannya kalau macam ini lah permainan yang ditunjukkan pasukan negara.

Apa kata kita tukar sikit. Titus James Palani barangkali?

Titus James Palani


Dia ini sudah banyak kali menolak perlawaan Malaysia untuk mewakili negara. Kenapa? Penampilan beliau di Perancis pun tidak menonjol, tidak pun beraksi sekurang-kurangnya League 2.

Hum, tak pun, Brendan Gan.

Brendan Gan
"Brenden has not been capped for Australia or Malaysia. Brenden is qualified to play for Australia as he was born and raised at Australia. He is also qualified to play for Malaysia through parentage. But Brenden has yet not decided to play for either Australia or Malaysia. however, in a recent interview Gan revealed that he is interested to play for Malaysia and he would be open to play for Malaysia if the opportunity arises."

Pemain bolasepak Australia berdarah Malaysia. Bermain untuk Sydney FC.

Ramai potensi yang boleh. Berlatih bagai nak rak di Slovakia. Apa lagi? Bila nak buat perubahan. Yang pancit-pancit itu, tukar lah. Malu melihat kelibat pasukan kebangsaan yang bermain seperti pasukan sekolah rendah.

Sedangkan pasukan kebangsaan Filipina pun mempunyai penjaga gol yang bermain untuk Fulham FC.

Neil Etheridge mewakili Filipina
Neil Etheridge bermain untuk Fulham FC.


p/s: smart juga jersey away Malaysia. Balik nanti nak beli. Vietnam pun smart. Haha...

-dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~

Tuesday, December 14, 2010

here come the pirates!


Lanun Somalia, lanun yang sememangnya dikenali di seluruh dunia. Ianya bukan cerita rekaan, dongeng ataupun cerita orang-orang tua, tetapi ianya realiti. Kerja mereka, menawan kapal asing yang melalui perairan Somalia, menculik dan meminta wang tebusan kepada pihak berkaitan.

Apa yang mereka dapat? Wang. Wang adalah segalanya. Mengapa jadi begini?

Pada mulanya, ketika era sebelum perang saudara, perikanan merupakan sumber ekonomi yang baik kepada nelayan di Somalia kerana permintaan kepada hasil laut di Somalia adalah rendah mengakibatkan hasil-hasil laut ini dieksport ke luar negara. Ia menjadi sumber pendapatan kepada mereka.

Setelah perang saudara meletus pada 1991, perairan di Somalia tidak dipelihara kerana tiada pihak berkuasa yang ditugaskan menjaga perairan tersebut. Tiada polis, tiada pihak berkuasa maritim, tentera laut pun, baru dirasmikan semula pada 2009 yang lalu, itu pun hanya terhad pada perairan Mogadishu sahaja. Kerajaan yang ada pun macam tiada.

Akibat perairan yang tidak dijaga, ia menjadi lubuk kepada nelayan-nelayan dari negara jiran untuk mencuri ikan-ikan di situ dan menjadi port kepada syarikat-syarikat besar membuang sisa buangan dan sisa-sisa toksik di laut itu.

Bertahun lamanya menjadikan penduduk-penduduk Somalia terutamanya golongan nelayan menjadi miskin, kelaparan dan tiada sumber untuk meneruskan kehidupan mereka. Hal ini menjadi meruncing dan mereka harus membuat sesuatu akibat tiada pihak yang berkuasa menjaga perairan mereka dan mereka ditindas bertahun-tahun.

Lalu, wujudlah kumpulan lanun Somalia. Dengan tujuan utama pada ketika itu adalah untuk mencegah perbuatan menindas di perairan tersebut. Akhirnya, tindakan tersebut kini diikuti dengan perculikan dan permintaan wang terbusan. Kini ianya ialah sumber untuk hidup kepada mereka.

Kepada kita yang tidak tahu, ia nampak jahat kan?

Kepada mereka, ia adalah kemestian ataupun boleh dikatakan paksaan kepada mereka untuk hidup. Jika tidak, bagaimana lagi. Mati kebuluran ataupun hidup sebagai seorang lanun. Pilihlah sendiri. Itulah yang diluahkan mereka.

Syaratnya tidak banyak:
  1. Mahir berenang
  2. berani(hati kering)
  3. bertubuh kecil (kalau boleh)
  4. Mahir menggunakan AK-47
Ok, cukuplah syarat untuk menjadi seorang lanun.

Ada beberapa kumpulan lanun. Salah satunya pula mempunyai organisasi yang baik dan sumber kewangan yang kukuh. Sama seperti angkatan tentera laut. Mempunyai panglima kapal, panglima, timbalan panglima dan ketua bahagian pentadbiran kewangan.

Usaha berterusan dilaksanakan oleh tentera laut asing bagi memerangi lanun Somalia ini terutamanya Amerika Syarikat dan negara-negara eropah.

Adalah lebih baik mereka datang bantu Somalia membentuk kerajaan yang kukuh dan membentuk pihak berkuasa yang lebih baik, daripada mereka memerangi kami. Itu yang mereka luahkan.

Jadi, anda fikir, yang mana betul, yang mana salah, yang mana perlu, yang mana tidak, yang mana jahat, yang mana tidak.


-dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~

Sunday, December 12, 2010

yang dah lepas...


Matapelajaran Sejarah akan menjadi matapelajaran teras SPM pada masa akan datang. Matapelajaran Sejarah juga akan diajar di semua sekolah rendah di Malaysia menjelang 2014. Ianya merupakan satu usaha kerajaan dalam menambah usaha untuk memupuk kesedaran kesemua rakyat termasuk kaum Cina dan India ataupun kerajaan ada agendanya yang tersendiri aku pun tidak tahu.

Baguslah kalau begitu. Kesedaran rakyat kini teramatlah kritikalnya. Tindakan yang dilaksanakan ini adalah amat bagus. Biarkan terbuka sedikit minda para pelajar Cina dan India terutamanya asal-usul pembentukan negara kita ini. Betapa pentingnya perpaduan yang dicipta selama ini, di masa yang agak bergelora seperti kini.

Takkan kita nak negara kita dipimpin oleh golongan-golongan yang menjawab jawapan salah seperti gambar ini...


Kalaulah golongan-golongan ini yang memimpin negara, hancurlah negara, musnah bangsa. Agama apatah lagi.

Walau bagaimanapun, silibus/pengisian mata pelajaran Sejarah yang sedia ada ini mesti dirombak dan dirangka semula dengan telus, betul dan tiada double standard dalam menyampaikan fakta. Harus diingat bukan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan juga tun Sambanthan sahaja yang berusaha ke arah perpaduan negera sewaktu era pra-kemerdekaan dulu, malah ada lagi dan lebih awal lagi daripada mereka.

Sungguhpun begitu, hasrat kerajaan ini adalah sangat bernas. Kalaulah aku menteri Pelajaran, aku akan tetapkan setiap pelajar mesti dapat A dalam Sejarah untuk lulus SPM.hahahaha....

Jangan lupa, Sekolah Wawasan harus direalisasikan dengan usaha yang lebih keras. Seharusnya lebih berkali-kali ganda banyak Sekolah Wawasan mesti diwujudkan dan dibina serta semua rakyat tanpa mengira kaum mesti menerimanya. Percayalah, demi masa depan negara. (tiada isu perkauman di sini)

Terimalah hakikat kesedaran rakyat Malaysia terhadap siapakah mereka sebagai rakyat Malaysia amatlah rendah.

-dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~

hiba...

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya...

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Yuna- Penakut

Terima kasih....
Semoga berbahagia selamanya...

-dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~

Pembukaan baru


Assalamualaikum diutus kepada muslimin muslimat, selamat sejahtera kepada sahabat2, bicara sopan pembuka kata, kepada semua hormat dipinta.

Akhirnya, dengan usaha kederat aku, tekad aku buat blog yang baru. Setelah blog yang lama sebelum ini dipenuhi dengan spam sampah keparat, aku da delete blog lama itu.

Wahai sahabat2 sekalian, inilah blog baru aku. Ok, aku nak main bola. Budak-budak tu bising kalau aku lambat.

-dosa pahalaku Tuhan saja yang tahu-

~Syamim~